Followers

Dari Xpax bertukar ke Celcom Blue

Salam Sejahtera,

Saya ingin berkongsi kisah pertama berkaitan Celcom ini. Dulu line Celcom ni adalah line pertama saya sejak mula-mula saya menggunakan telefon bimbit selepas saya mendapat gaji pertama selepas tamat sekolah menengah... dan sejak itu bermula la naiktaraf hidup saya dari tiada handphone kepada yang lebih maju iaitu dengan adanya telefon bimbit. huhuhu maju la sikit kan... Mula-mula pakai tu rasa teruja sangat sebab itu lah pertama kali dapat merasa guna telefon sendiri. Tapi yang sakitnya tu sebab saya gunakan bil atau lebih dikenali pascabayar..... dial memang sedap tapi bila datang bil..terkedu dibuatnya..hahaha.. lepas tu saya pun tukar pula guna prepaid.. jimat klu dalam hal nak telefon org..klu habis kredit tak payah nak ckp bye2 lagi dah...hahaha.. jahat punya org.

Antara 3 line telefon yang utama dalam Malaysia ni, memang saya lebih suka kan line Celcom sebab kos panggilannya agak murah jika nak dibandingkan dengan talian lain. lagi satu sebab kerana kat kampung saya line celcom je yang paling kuat jika nak dibandingkan Maxis dengan Digi, almaklumlah.. kawasan pedalam... jauh terpencil dari org.




tetapi dalam masa yang sama, saya gunakan juga ketiga2 line telefon yang ada termasuk Digi dan Maxis kerana bila saya ada kat mana2 mesti ada line telefon yang tak kuat linenya...hahha biasanya kat dalam kawasan hutan la kot...

sampai la sekarang ni saya masih aktif menggunakan line celcom tetapi bukan celcom Xpax macam dulu... bertukar la ke Celcom Blue. dan line maxis yang saya ada sekarang ni hanya sekadar buat backup je klu2 kredit Celcom tu habis..hahaha mana tau kan time2 Emergency... bukan nya kita tau bila nak Emergency..
ok la tu kan.. setakat ni je dulu apa yang mampu saya posting kan untuk diri saya..salam penutup...

0 Responses to "Dari Xpax bertukar ke Celcom Blue" (Leave A Comment)