Followers

Minyak Masak tak cukup???

ARKIB : 04/01/2011

Bekalan minyak masak di pasaran ditambah 20% - KPDNKK

04/01/2011 6:19pm


PUTRAJAYA 4 Jan. – Kerajaan akan meningkatkan bekalan minyak masak sebanyak 20 peratus atau kira-kira 14,000 tan metrik pada bulan ini sahaja bagi menghadapi persediaan menyambut Tahun Baru Cina.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, kebiasaannya kerajaan membekalkan minyak masak kira-kira 70,323 tan metrik setiap bulan.
"Bekalan kira-kira 84,000 tan metrik akan sampai ke seluruh negara pada minggu hadapan di mana penghantaran sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama anggota Persatuan Bahan-bahan Runcit di sini hari ini.
Katanya, bekalan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu merupakan sebahagian daripada bekalan bagi bulan depan sebagai persediaan menghadapi perayaan tersebut.
Sehubungan itu, beliau ingin menasihati orang ramai supaya jangan melakukan belian panik kerana bekalan adalah amat mencukupi malah mungkin berlebihan sehingga “boleh dimandikan dengan minyak di rumah.”
Lian Hoe turut memberitahu, kementerian sedang menyiasat empat syarikat membungkus semula yang disyaki cuba menjual minyak masak keluar negara berikutan harga minyak dunia yang sedang melambung tinggi. – Bernama

Di atas merupakan petikan akhbar dari Utusan Malaysia pada 4 Januari 2011. Petikan ini menyatakan bekalan minyak masak mencukupi untuk seluruh negara, tetapi apabila saya pergi ke banyak kedai runcit, kebanyakkan kedai tidak mempunyai bekalan minyak masak yang cukup.... Pelik juga jika dikatakan bekalan mencukupi sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai stok minyak masak.

Bungkusan minyak masak dalam plastik yang berat 1kg pun dah susah nak cari... yang ada cuma bungkusan dalam botol plastik... kemudian saya pergi pula ke Carefour pun banyak ruang bahagian minyak masak kosong begitu sahaja..

Persoalannya, kenapa Negara yang menjadi pengeluar utama minyak masak berasaskan sawit sendiri tidak ada bekalan mencukupi. majoriti seluruh kawasan di tanam dengan pokok kelapa sawit yang boleh mengeluarkan berjuta-juta tan matrik seminggu... kemana hilangnya minyak tersebut????

0 Responses to "Minyak Masak tak cukup???" (Leave A Comment)